Rider

Daftar Rider Misi Rakyat

Cara Daftar Rider Misi

Daftar akaun: Daftar akaun pengguna anda di laman web rasmi Misi Rakyat.

Pasang aplikasi: Muat turun dan pasang aplikasi Misi serta Misi Partner dari Playstore atau Appstore.

Log masuk: Log masuk ke dalam aplikasi Misi dan cari pilihan untuk mendaftar sebagai Rider.

Isi maklumat: Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dalam borang pendaftaran di dalam aplikasi. Muat naik butiran yang diperlukan.

Sertai kumpulan WhatsApp: Setelah pendaftaran berjaya, sertai kumpulan WhatsApp Rider Misi yang telah ditetapkan. Rider akan dibantu oleh admin kawasan masing-masing.

Akhir: Isi borang dibawah dan hantar. Notifikasi pendaftaran anda akan dihantar kepada Admin yang berkhidmat.

Pilih Kategori Rider

Rider Rasmi (Full Time):
Perlu membeli set rasmi yang berharga sekitar RM160-RM180, yang merangkumi T-shirt dan beg Misi.
Daftar dan beli set rasmi melalui "market place" di dalam aplikasi Misi Kuning.
Dapatkan manfaat seperti keutamaan dalam menerima 'job', bonus RM313 selepas 300 'job', beg ganti percuma dan lain-lain.

Rider Tidak Rasmi (Part Time):
Tiada bayaran yuran awal selain perlu mempunyai baki minimum RM30 dalam dompet untuk menerima pesanan.
Anda bebas menggunakan beg penghantaran dan baju sendiri (disarankan warna kuning).
Anda hanya akan menerima bayaran penghantaran tanpa manfaat lain.

Hello Admin,

*Berikan maklumat anda, pasukan admin kawasan akan hubungi anda untuk tindakan seterusnya.
Misi Rakyat, Misi Rakyat memfokuskan untuk mengangkat peniaga-peniaga lokal tak kira kecil ataupun besar agar menjadi ekosistem baru ekonomi untuk Malaysia.
Misi Rakyat

Misi fokus untuk mengangkat peniaga-peniaga lokal tak kira kecil ataupun besar agar menjadi ekosistem baru ekonomi untuk Malaysia.

Oleh itu, kami ucapkan selamat datang kepada semua pengguna-pengguna baru di Misi. Kuasa membeli anda kini akan membangunkan ekonomi baru lokal untuk negara.

#PlatformMuslim #PlatformBumiputera

misirakyat.my
waktu solat harian